Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Akhirnya dia menikah juga. Itulah doa yang sering saya panjatkan untuk dia. Sewaktu di Mekah dia adalah antara manusia  yang namanya saya sebut di hadapan Kaabah dengan doa moga Allah mengurniakan pasangan hidup. Alhamdulillah penantian itu terjawab sudah. Doa saya semoga Alah memberkati perkahwinan itu dengan ketenangan. Semoga penyatuan hati itu akan membangkitkan lagi semangat mengembangankan agama Allah di muka bumi.

Namun di sana ada juga mereka yang masih terus menanti dengan penuh pengharapan. Ada yang tidak dapat mengawal fikiran dari terus memikirkan hal tersebut hingga menyebabkan banyak  keutamaan lain dalam hidup. Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana seorang siswi yang terlalu memikirkan hal kahwin tak kahwin hingga menjadi agak kurang siuman. Yang sedihnya hingga menjejaskan pelajaran. Akhir nya dibuang kerana tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Siapa yang rugi?

Wahai saudari sekelian, adakah kalian lupa Allah menyatakan dalam surah Yassin ayat 36;

”  Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Ayat menjelaskan janji Allah dan janji Allah itu Maha Benar. Bahawa setiap makhluq dijadikan dengan pasangan masing-masing. Bila dan di mana seorang itu bakal bertemu dengan pasangannya hanya Allah yang mengetahui. Mungkin di dunia , mungkin di akhirat.

Firman Allah S.W.T.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya.

La tahzan……bersabarlah dengan janji Allah. Alangkah baiknya kalau masa itu diisi untuk memikirkan hal-hal yang dapat membangunkan umat, diri dan deen.

Advertisements

BESARNYA AMANAH SEORANG GURU

Semakin lama saya bergelar guru, semakin banyak yang saya pelajari tentang diri saya sebenarnya. Mudah untuk menjadi gur. Sesiapa pun boleh jadi guru. tapi menjadi guru yang sebenarnya tidak semudah yanng disangka. Semakin banyak yang saya baca semakin banyak yang saya tahu tentang alam pendidikan. Dan semakin menggunung rasa bersalah dalam diri. kenapa rasa bersalah? Mengapa tidak! Pelajar yang datang menyrah diri kepada kita adalah sangat ‘innocent’. Dalam diri mereka punya seribu satu macam persoalan tentang diri, kehidupan, alam dan sebagainya yang memerlukan kepada jawapan. Guru adalah antara mereka yang bertanggung jawab membukan jalan kepada jawapan-jawapan itu. Ini bererti memiliki kebijaksanaan adalah satu kemestiaan pada seorang guru.

Saya selalu bertanya pada siri sendiri. Adakah selama ini saya telah mengajar dan mendidik anak-anak murid saya dengan cara yang paling baik. kalau mereka tidak faham-faham walaupun telah diajar berkali-kali, adakah itu salah saya atau salah mereka semata kerana tidak mengulangkaji? kalau merekasusah hendak faham atau tidak boleh faham-faham, saya sudah cari jalan untuk memahamkan mereka? begitu banyak sekali kajian dan kaedah-kaedah untuk membaiki dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran semakin berkesan. Apakah saya telah sepenuhnya mengambil peluang ini?  Rasa bersalah terus menghantui. Saya tidak punya pilihan lain melainkan terus belajar dan terus membaiki. Masa depan mereka terletak ditangan saya juga. Saya mesti bersungguh-sungguh dahulu baru saya boleh katakan yang mereka sebenarnya malas. Ya rabbi besarnya tanggung jawab ini. Hambamu memoon bantuan dan bimbinganMu……

10 Ciri Akhlaq Yang Baik

Haji-1429H-013

Pertama,

memiliki aqal yang sempurna.

Kedua,

taat menjalankan ajaran agama.

Ketiga,

memiliki ilmu.

Keempat,

punya sifat hilm.

Kelima,

memiliki sifat pemurah.

Keenam,

memiliki ma’arifah.

Ketujuh,

suka berbuat baik.

Kelapan,

bersikap sabar.

Kesembilan,

banyak bersyukur kepada Allah.

Kesepuluh,

lemah lembut dalam tindak tanduknya.

(Ali bin abi Talib r.a)

Adalah wajib bagi mukmin menghentikan langkah dan tindakan yang tidak mendatangkan hasil dan faedah. Dan wajib pula mukmin bergerak menuju kepada puncak yang lebih baik yang dapat dicapai.

Ibnul Jauzi berkata; ” Andaikata anak Adam boleh membayangkan bahawa dia sanggup naik ke langit maka diam di atas bumi adalah perkara yang dibencinya. Andaikata kenabian adalah suatau yang dapat dicapai dengan ijtihad, maka engkau akan berfikir bahawa orang berusaha mendapatkannya adalah orang-orang yang dungu. Akan tetapi oleh kerana kenabian itu tidak mungkin  dicapai oleh setiap orang, maka berusahalah mencapai apa yang boleh  dan mungkin dicapai.”

birds2

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih abaik dari orang lain, tapi  bukan untuk kesombongan.

Ibnul Jauzi berkata; ” Jika engkau memiliki kesempatan untuk melebihi para ulama’, dan orang-orang zuhud dalam perkara amal, ilmu dan pandangan maka lakukanlah. Kerana mereka manusia dan engkau pun manusia. Tidak ada orang yang duduk-duduk sahaja kecuali dia adalah orang yang sangat lemah kemahuannya dan sangat rendah jiwanya.”

SCHOLARS

Bakr b. Abdullah berkata:

1. Apabila engkau melihat orang yang lebih tua umurnya darimu, katakanlah,

“Orang ini sudah mendahului aku dalam beriman dan beramal saleh,  dia tentu lebih baik dari aku.”

old man

2. Apabila enngkau melihat orang yang lebih muda umurnya darimu, katakanlah,

“Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan kemaksiatan, tentu dia lebih baik dari aku.”

ist2_9599070-young-muslim-student

3. Dan apabila engkau melihat sahabat-sahabatmu menghormatimu dan memuliakanmu maka katakanlah,

“Ini adalah keutamaan yang diperhitungkan nanti,”

dan kalau engkau melihat mereka kurangmmenghormatimu, maka katakanlah,

“Ini adalah akibat dosa yang aku perbuat.”

Aku pernah mencari empat hal di empat jalan, ternyata salah jalan.

Forest

Namun aku justeru menemukannya dalam empat hal yang lain.

Pertama, aku mencari kekayaan dengan mengumpulkan harta benda, tapi

aku tidak menemukannya.

01_muslim_prayer_2

Ternyata aku temukan kekayaan itu pada sifat qana’ah.

Kedua, aku mengharapkan hidup tenang dengan harta yang melimpah,

namun ia aku temukan dalam harta yang sedikit.

Haji-1429H-014

Ketiga,  aku mencari kelazatan dengnan mengejar kenikmatan, namun ia kutemukan pada tubuh yang sihat.

Keempat, aku mencari rezeki di bumi , tapi ia kutemukan di langit.

(Syeikh Hamid A Lattaf rahimahullah)


Susah sungguh mengajar pelajar-pelajar hari ini untuk memahami sesuatu topik. Macam-macam kaedah yang digunakan tapi belum menjanjikan yang  semua akan faham sepenuhnya. Saya ceritakan pada pelaja-pelajar saya ketika saya belajar Kimia dalam tahun 80 an, silibusnya lagi panjang. Masa tu tidak ramai pelajar yang mampu ke kelas tuisyen. Tapi kami usaha juga walau susah sebab cita-cita masa tu nak dapatkan gred 1 sebab nak sambung belajar ke luar negara. Apa yang mereka belajar sekarang memang sangat sedikit. Tapi itupun susah nak masuk. Mungkin semangat perjuangan mereka kurang. Apa ke tidaknya, kalau tidak faham di sekolah, nanti mak ayah siapkan kelas tuisyen. Kadang-kadang setengah pelajar menghabiskan beribu ringgit memayar yuran tuisyen setiap bulan, jauh lebih mahal dari yuran bulanan sekolah. Apa yang menyedihkan bila tak boleh faham-faham juga pelajaran . Tiap kali peperiksaan masih mengutip markah yang lebih kurang sama.

Palestinian Schoolgirls, Hebron 1Saya teringatkan kisah seorang kawan lama masa di pra-U dulu. Ibunya seorang pengurus sebuah stesyen petrol.  Sememangnya masa ayah dia berkahwin dengan ibunya beliau memang sudah agak dewasa, sedang ibunya masih lagi bersekolah menengah. Oleh kerana kehidupan yang sangat susah pada masa itu, kedua datuk dan neneknya telah menyerahkan ibunya kepada sebuah keluarga yang berada  untuk di sekolahkan. Memang beliau ke sekolah, tetapi pulang sahaja dari sekolah dia akan membuat kerja-kerja rumah seperti orang gaji.  Tidak punya banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran seperti pelajar-pelajar lain. Tambahan pula kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu membeli banyak buku sekolah. Tuan rumah sebenarnya tidaklah sangat berhasrat untuk menyekolahkan dia tetapi lebih berminat menjadikan orang gaji. Ada kalanya dia rasa tertipu dengan sikap tuan rumah kerana apa yang dilalui tidak seperti yang dijanjikan. Namun oleh kerana keinginan untuk bersekolah adan menjadi orang berjaya begitu tinggi dalam dirinya, maka digagahkan juga diri untuk belajar walau pun telah sehari suntuk dibebankan dengan kerja menguruskan rumah.

Selesai melakukan kerja rumah beliau akan segera masuk tidur. Apabila seisi rumah sudah tidur beliau akan bangun lalu mencuri masuk ke dalam bilik anak lelaki tuan rumah yang kebetulannya berada dalam tingkat yang sama dan mengambil buku yang diperlukan. Sepanjang masa penghuni lain sedang nyenyak tidur, beliau menghabiskan masa membaca dan menelaah buku pelajaran. Sebelum anak lelaki tuan rumah terjaga , dia akan cepat-cepat mengembalikan buku itu ke tempatnya. Itulah yang berlaku seterusnya pada setiap hari, sehinggalah pada suatu hari apabila ayahnya datang dan memberitahu yang dia akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya. Pada ketika itu seluruh hatinya hancur. Cita-cita untuk ke menara gading dan mengambil jurusan perubatan punah sama sekali. Dia tidak dapat menbantah kehendak ibu bapanya. Kehidupan yang dilalui dengan suaminya bukanlah mudah pada awalnya kerana pada ketika itu suaminya hanya bekerja menjual minyak tanah dalam botol yang dijaja dari rumah ke rumah. Kegigihan akhirnya menjadikan mereka orang yang berjaya dalam perniagaan.

Namun itu tidak sama sekali mematahkan semangatnya. Sejak dari hari itu dia berazam walau apapun keadaan yang berlaku, dia tidak akan  membiarkan anak-anaknya melalui nasib yang sama sepertinya. Dia aka memastikan setiap orang anaknya akan mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadi orang-oarang yang berjaya. Hal ini terbukti kerana pada hari ini dia boleh tersenyum bangga kerana semua anak-anaknya yang telah lulus pengajian di universiti dalam dan luar negeri. Apa yang penting anak-anaknya menjadi lebih dari itu.  Walaupun gagal menjadi seorang doktor, tapi anaknya ada yang menjadi doktor.Palestinian Schoolgirls, Hebron 2

Itu selengkar kisah manusia yang tidak mengenal erti putus asa kerana hidupnya penuh dengan cita-cita. Untuk mencapai  sebuah cita-cita perlukan pengorbanan dan perjuangan yang berterusan.  Apa yang perlu dikorbankan oleh generasi dulu mungkin banyak yang tidak sama dengan apa yang perlu dikorbankan oleh generasi hari ini. Titik tolak perjuangan generasi dulu mungkin tidak semuanya sama dengan generasi hari ini. Kalau mahu berjaya, tepuk dada dan tanyalah diri masing-masing. Adakah generasi hari ini  hidup dengan tiada cita-cita atau cita-cita tak panjang? Sebab tu semangat nak berjuang tidak membara. Maklumlah lahir-lahir ke dunia semua sudah tersedia. Nak perjuanngkan apa lagi…?